Friday, 2 March 2012

Calon yang berpurdah atau tidak??


Kepada Bakal Suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercala


Kepada Bakal Isteri,
Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.

Kepada Bakal Suami,
Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajipanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.
Kepada Bakal Pengantin
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu..

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)


Monday, 27 February 2012

Aku mencintai mu kerana Allah..(warkah bwt bakal suamiku)

|♥| Aku Menyintai siDIA kerana siDIA Menyintai ALLAH |♥|
Buatmu,bakal suamiku.entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini. Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
 
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

 Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
 
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau. 


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku karna kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Duhai Calon Mujahidku...Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. 

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku . Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...^_^

♡♥ Salam Uhibbukum fillah...^_^

. . . . sesungguhnya , JODOH ITU RAHSIA ALLAH . . . .
♥ ohh tuhan, tolong simpan hati dia buatku .. ✿ܓ♡

Sunday, 12 February 2012

Surat Untuk Bakal Ibu Mertua ku…

Surat Untuk Bakal Ibu Mertua ku… <3
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan ini..
izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai bakal ibu mertuaku…..

Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…

Saya bukanlah Khadijah r.a, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia.....

Saya bukanlah Aisyah r,a, Seorang yang utama dalam ketakwaannya…..

Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya……..

Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….

Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya…….

Tapi..Seperti yang saya katakan.,saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa….
Ketabahan yang tak seberapa…..
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….

Namun ibu,….
Saya adalah wanita akhir zaman,….
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku
dan juga padamu…..bakal Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu….
Tapi saya akan menjadi rekan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu..
Dan kelak pada mujahid – mujahidahku, bakal cucu mu duhai ibu…..

Engkau tak perlu bimbang ibu,…
Saya tak akan merebut perhatian anak mu…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu….
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya…

Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku..
Kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu…..

Duhai, bakal ibu mertuaku….
Saya harap kita boleh menjadi rakan yang baik…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahasia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami….

Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendegar yang setia saat saya dlm kesusahan….

Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bakal Menantumu….

(¯`v´¯)♥ Aamiin ya Rabbal 'alamiin ♥ (¯`v´¯)
♥♥♥…….…….……...♥ •.¸.•´♥………….…♥♥♥
♥♥♥───────────────█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────█──█──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥─────────███████─█──────♥♥♥

`·.¸.·`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'` v´'`)`·.¸.·`
...♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•´♥..♥♥...

`*•.¸¸.•*✿Menebar Senyum & Dakwah Bertali Ukhuwah `*•.¸¸.•*✿
Allahu Robbi padaMU ku gantungkn sgalanya.. aamiin (^_^)
 

Sunday, 22 January 2012

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

~♥~Wanita adalah Mahar untuk ke Syurga..Dan Juga Mahar ke Neraka..Kuasa adalah milik Allah..Maka didiklah wanita ke arah kebaikkan dan keimanan atas Allah..Dan Lebih menyayangi Akhirat dari Duniawi..~♥~

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Sunday, 8 January 2012

Tak Mudah Menjadi Seorang SUAMI

Kewibawaan seorang LELAKI itu BUKAN di lihat dari beberapa banyak & pintar dia menaklukan seorang WANITA..Tapi kewibawaan seorang LELAKI itu di lihat seberapa pandai dia MENJAGA HATI seorang WANITA untuk memuliakannya di hadapan SANG PENCIPTA
Bukan mudah menjadi suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga, Ibu dan juga Isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi suami,
Harus mendidik isteri dan anak-anak ke jalan ALLAH,
Memberi makan isteri dan anak-anak dari jalan yang halal,
Melayan isteri dengan sabar dan ikhlas,
Harus memimpin rumah tangga dengan kebijaksanaan dan penuh perasaan,

Bukan mudah menjadi suami,
Jangan bermimpi beristeri banyak,
Jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,
Apalagi di tambah dengan dua atau tiga,

Begitulah sang suami..

Fahamilah tanggungjawab anda, Wahai para Suami dan Calon Suami yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita, yang menjadi isteri anda.

Fahamilah amanah anda, yang diberikan oleh ALLAh kepada kita. Jagalah kami, para isteri dengan sebaik-baiknya.

“Ingatlah bahawa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya, dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.”

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

Monday, 2 January 2012

~Aku bukanlah wanita berparas jelita~

♥ Tak LAKU tak apa - Asal tidak MURAHAN ♥
♥ Tak ada DUIT tak apa - Asal jgn tak ada MARUAH ♥
♥ Tak POPULAR tak apa - Asal tdk GILA GLAMER ♥
♥ Tak KAYA tak apa - Asal tidak MISKIN AKHLAK ♥
♥ Tak MEWAH tak apa - Asal SEDERHANA tanpa DUIT HARAM ♥
♥ Tak CANTIK MENAWAN tak apa - Asal teguh MENUTUP AURAT
Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku juga bukanlah wanita yang punya tahta..
Aku wanita Apa adanya ..aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fathimah..aku tidak sepintar Aisyah..
Aku wanita apa adanya..
Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..aku hanya ingin Cinta yang sederhana..

Cinta yang berlandaskan Keridhoan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Surga dari-NYA..
Cinta yang akan membawa keberkahan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..
Aku dipertemukan oleh insan pilihan-MU..

Seseorang yang hatinya terpaut pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..

Aku ingin mencintainya secara sederhana..tanpa menyusahkannya..
Tanpa membebaninya..aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana..
Sesederhana aku mencintainya..biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-MU..
Menyemai Kerinduan akan Wajah-MU..
Sebelum bertemu dengannya diPerbatasan Waktu
Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ♥
 

Sunday, 1 January 2012

~ceritera cinta~


Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!


Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..

Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.
Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??
Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu...


~so sweat~ <3 <3 nk nikah cepat2.