Friday 30 March 2012

SAHABAT YANG BAIK


✿~ Kadangkala kita terlalu imaginastik mahu mencari SEORANG LELAKI SOLEH untuk dijadikan SUAMI supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat tetapi kita JARANG SEKALI mengingatkan diri kita untuk BERUSAHA mencari sekurang-kurangnya SEORANG KAWAN yang SOLEHAH supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama..

✿~ Kadangkala kita selalu BERANGAN-ANGAN mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju REDHA Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha MENDAMPINGKAN diri mencari SAHABAT yang solehah yang boleh mengingatkan kita WAKTU SOLAT, jom PUASA SUNAT, ataupun mari BACA MA'THURAT..

p/s : Bukankah SAHABAT YANG BAIK juga adalah PEMBUKA JALAN untuk kita menjadi yang baik dan PERMULAAN CERITA untuk kita MENDAPAT yang terbaik juga? Sahabat solehah yang sentiasa MENEGUR diri saat iman semakin berkurang..yang membantu MENYEMBUHKAN IMAN yang sedang sakit, yang bersama diri saat DUKA mahupun tawa..yang saling MENCINTAI kerana Allah..♥♥


Tuesday 20 March 2012

~>♥ Jika Mahu Berniqab ♥<~


Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...


Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...


Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..


Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..


Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..


Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!


Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..


Berniqablah kerana anda sudah bersedia,
bukan untuk menunjuk2 anda hebat..kerana itu belum
menunjukkan anda sudah bersedia,
bahkan sebenarnya masih timbul dihati rasa cintakan dunia..
cintakan pujian manusia..Astaghfirullah Al'azim..
jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas
kesedaran diri sendiri ..

[A reminder to myself first and foremost]

Buatlah apa yang ALLAH
SUKA, walaupun ramai
ORANG BENCI"
Tapi ingat..
"Jangan buat apa yang
ALLAH BENCI, walaupun
ramai ORANG SUKA" ♥ ♥
 

Monday 19 March 2012

Melangkah ke tangga 23 ^^

suka sangat2 dgn gambar ni...ngeee

Today i am 23 years old..


Perjalanan bertemu cinta teragung.... **


Masih jauh lagi perjalanku untuk mencari cinta teragung...huhu T_T..


Pada usiaku yang bertambah semoga ku semakin kuat dalam pengharapan,
Semakin teguh dalam penantian,
Berkongsi keluh kesahku pada Ilahi ,
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tetapi pada RABBI....


Pada usiaku yang bertambah,
Semoga ku semakin yakin,
Bahawa penantian adalah ujian, danperjalanan adalah pengalaman,,,
Bersungguh dan semakin teguh dalam istiqarah cintaMu...
Menanti Dia mengutuskan seseorang,
mengharap Dia menunjukkan jalan,
Selamat menjejaki tangga 23...


~@~Ya Allah maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang diriku....

syukran kak syue wt tu utk sy

apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
orang lain mungkin tak akan pernah tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.
biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.
redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian Tuhan.

Saturday 17 March 2012

~untuk adam..untuk hawa... andai mahu mencari ~


untuk adam.. andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..
lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..
fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..
sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..
andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..
andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..
andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..
andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

renungkanlah..

Mustahil seorang LELAKI boleh membawa seorang WANITA bersiar-siar ke BULAN atau planet-planet di cakerawala..~

~ Tetapi, tidak mustahil seorang LELAKI boleh membawa seorang WANITA menetap di tempat yang jauh lebih indah iaitu "SYURGA" ♥♥♥

Friday 9 March 2012

~Kelebihan Sujud~


Adakah anda menghadapi masalah seperti ini :


1- Masalah sukar tidur.
2- Kegemukan/Perut buncit
3- Kesakitan pada apendiks atau limpa
4- Sakit senggugut ketika haid/Sukar bersalin
5- Pening kepala dan migrain
6- Kesukaran untuk bernafas (sesak pernafasan)
7- Daya ingatan yang lemah/Penumpulan akal fikiran



Perbanyakkanlah sujud adalah satu cara yang cukup berkesan untuk mengatasinya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan  aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Dan hanya ketika sujud sahaja darah akan mengalir di urat saraf tersebut. Beruntunglah orang yang melakukannya (menunaikan solat).


Kesimpulannya; Selepas ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan lagi sujud dengan lama. Ia juga merupakan satu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah saw.


Jawapannya : 34 kali sujud sehari


*solat 4 rakaat = 4×2 = 8 = kita ada 3 kali solat 4 rakaat (Zohor,Asar n Isha’)= 8×3 = 24 kali


*solat 3 rakaat = 3×2 = 6 = kita ada sekali solat 3 rakaat (Maghrib) = 6 kali


*solat 2 rakaat = 2×2 = 4 = kita ada sekali solat 2 rakaat (Subuh) = 4 kali


*jumlah keseluruhan = 24+6+4 = 34 kali sujud sehari


Friday 2 March 2012

Calon yang berpurdah atau tidak??


Kepada Bakal Suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercala


Kepada Bakal Isteri,
Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.

Kepada Bakal Suami,
Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajipanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.
Kepada Bakal Pengantin
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu..

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)