Monday 19 March 2012

Melangkah ke tangga 23 ^^

suka sangat2 dgn gambar ni...ngeee

Today i am 23 years old..


Perjalanan bertemu cinta teragung.... **


Masih jauh lagi perjalanku untuk mencari cinta teragung...huhu T_T..


Pada usiaku yang bertambah semoga ku semakin kuat dalam pengharapan,
Semakin teguh dalam penantian,
Berkongsi keluh kesahku pada Ilahi ,
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tetapi pada RABBI....


Pada usiaku yang bertambah,
Semoga ku semakin yakin,
Bahawa penantian adalah ujian, danperjalanan adalah pengalaman,,,
Bersungguh dan semakin teguh dalam istiqarah cintaMu...
Menanti Dia mengutuskan seseorang,
mengharap Dia menunjukkan jalan,
Selamat menjejaki tangga 23...


~@~Ya Allah maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang diriku....

syukran kak syue wt tu utk sy

apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
orang lain mungkin tak akan pernah tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.
biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.
redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian Tuhan.

1 comment:

  1. selamat hari lahir
    moga anda sentiasa dalam rahmat Allah
    moga anda beroleh jodoh yg baik dan yg dapat memimpin anda ke syurga
    -encik mimpi II

    #sorry lambat wish.. ^^v

    ReplyDelete