Monday 2 April 2012

♥Aku kagum melihat seorang JEJAKA♥

"... Lelaki sejati tidak akan mencintai wanita yang paling cantik , namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik ..."
♥♥♥Aku kagum melihat seorang JEJAKA, Tampannya sukar DITERJEMAH, Bukan dari PARAS RUPA tapi pada AKHLAKnya..

Pabila AZAN dengar ditelinga, Dialah orang PERTAMA menujunya, Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk MENUNAIKAN seruannya....

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH, Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH, Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya...

Muamalatnya amat TERJAGA, Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira, Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya, Buat amalan manusia dan juga DIRInya, Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH, Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH, Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...

Ibu dan Ayah diHORMATInya, Tanda SAYANG dan juga CINTA, Bukan kerana TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya...♥♥♥
carilah lelaki yang boleh mengajar kamu tentang aurat, bukan lelaki yang sana sini suka mengurat
 

No comments:

Post a Comment