"Yang tertutup itu indah..yang tersorok itu mahal..yang tersembunyi itu berharga...seindah hiasan adalah wanita Solehah"
Tuesday, 24 April 2012
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)
Saturday, 7 April 2012
~jangan mudah menilai orang lain~
![]() |
Kadang kita selalu bersedih kerana tidak memiliki apa yang kita inginkan , sedangkan kita lupa bersyukur dengan apa yang kita ada . |
Seorang doktor masuk ke hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas dipanggil untuk pembedahan segera. Dia menjawab panggilan secepat mungkin, ditukar pakaiannya dan pergi terus ke wad pembedahan.
Beliau mendapati bapa kepada anak lelaki yang akan di bedah ada di dalam dewan menunggu doktor tersebut. Apabila melihat dia, si ayah menjerit:
"Mengapa anda mengambil masa yang lama untuk datang? Adakah anda tahu bahawa kehidupan anak saya dalam bahaya? adakah anda tidak mempunyai rasa tanggungjawab? "
Doktor tersenyum dan berkata:
"Saya minta maaf, saya tidak berada di hospital dan saya telah datang secepat yang boleh selepas menerima panggilan itu ... ... Dan sekarang, saya ingin anda bertenang supaya saya dapat melakukan kerja saya"
"Bertenang?! Bagaimana jika anak anda berada di dalam bilik ini sekarang, anda akan bertenang? Jika anak anda sendiri mati sekarang apa yang anda akan lakukan? "Kata bapa tersebut dalam keadaan marah
Doktor tersenyum lagi dan berkata: "Saya akan cuba sehabis baik " ajal dan maut adalah di tangan Allah ". Doktor tidak dapat memanjangkan nyawa. Pergi dan berdoa untuk anak anda, kami akan melakukan yang terbaik dengan rahmat Tuhan "
"Memberikan nasihat apabila kita tidak khuatir begitu mudah" merungut bapa.
Pembedahan mengambil masa beberapa jam...dan selepas doktor itu keluar gembira, "Alhamdulillah! Anak anda diselamatkan! "
Dan tanpa menunggu jawapan bapa tersbut dia terus keluar dengan tergesa-gesa. "Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila tanya jururawat!"
"Mengapa dia yang sombong takbur? Dia tidak boleh menunggu beberapa minit supaya saya bertanya tentang keadaan anak saya " komen bapa kepada jururawat setelah melihat doktor itu pergi meninggalkannya termanggu-manggu .
Jururawat itu menjawab, sambil air mata berlinangan di mukanya: "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya, dia berada di tanah perkuburan apabila kami memanggilnya untuk pembedahan anak anda. Dan kini dia telah berjaya menyelamatkan hidup anak anda, dia sanggup tinggalkan tanggungjawab dia untuk menyelesaikan pengebumian anaknya. "
Kawan, jangan mudah menilai orang kerana anda tidak tahu bagaimana kehidupan mereka dan tentang apa yang sedang berlaku atau apa yang mereka sedang lalui .Allahu rabbi.
Thursday, 5 April 2012
Istimewa wanita Islam
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?
” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
1. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.
2. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
4. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
5. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
6. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari akhirat.”
7. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
9. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
10. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
11. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
12. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
13. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
14. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Monday, 2 April 2012
♥Aku kagum melihat seorang JEJAKA♥
![]() |
| "... Lelaki sejati tidak akan mencintai wanita yang paling cantik , namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik ..." |
♥♥♥Aku kagum melihat seorang JEJAKA, Tampannya sukar DITERJEMAH, Bukan dari PARAS RUPA tapi pada AKHLAKnya..
Pabila AZAN dengar ditelinga, Dialah orang PERTAMA menujunya, Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk MENUNAIKAN seruannya....
Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH, Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH, Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya...
Muamalatnya amat TERJAGA, Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira, Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..
Ilmu yang ada diKONGSIkannya, Buat amalan manusia dan juga DIRInya, Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....
Pabila bertembung dengan MUSLIMAH, Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH, Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...
Ibu dan Ayah diHORMATInya, Tanda SAYANG dan juga CINTA, Bukan kerana TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya...♥♥♥
![]() |
| carilah lelaki yang boleh mengajar kamu tentang aurat, bukan lelaki yang sana sini suka mengurat |
Friday, 30 March 2012
SAHABAT YANG BAIK
✿~ Kadangkala kita terlalu imaginastik mahu mencari SEORANG LELAKI SOLEH untuk dijadikan SUAMI supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat tetapi kita JARANG SEKALI mengingatkan diri kita untuk BERUSAHA mencari sekurang-kurangnya SEORANG KAWAN yang SOLEHAH supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama..
✿~ Kadangkala kita selalu BERANGAN-ANGAN mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju REDHA Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha MENDAMPINGKAN diri mencari SAHABAT yang solehah yang boleh mengingatkan kita WAKTU SOLAT, jom PUASA SUNAT, ataupun mari BACA MA'THURAT..
p/s : Bukankah SAHABAT YANG BAIK juga adalah PEMBUKA JALAN untuk kita menjadi yang baik dan PERMULAAN CERITA untuk kita MENDAPAT yang terbaik juga? Sahabat solehah yang sentiasa MENEGUR diri saat iman semakin berkurang..yang membantu MENYEMBUHKAN IMAN yang sedang sakit, yang bersama diri saat DUKA mahupun tawa..yang saling MENCINTAI kerana Allah..♥♥
Tuesday, 20 March 2012
~>♥ Jika Mahu Berniqab ♥<~
Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..
Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...
Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...
Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..
Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..
Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..
Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!
Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..
Berniqablah kerana anda sudah bersedia,
bukan untuk menunjuk2 anda hebat..kerana itu belum
menunjukkan anda sudah bersedia,
bahkan sebenarnya masih timbul dihati rasa cintakan dunia..
cintakan pujian manusia..Astaghfirullah Al'azim..
jangan jadikan berniqab ni sebagai trend tapi biarlah atas
kesedaran diri sendiri ..
[A reminder to myself first and foremost]
![]() |
Buatlah apa yang ALLAH |
Monday, 19 March 2012
Melangkah ke tangga 23 ^^
![]() |
| suka sangat2 dgn gambar ni...ngeee |
Today i am 23 years old..
Perjalanan bertemu cinta teragung.... **
Masih jauh lagi perjalanku untuk mencari cinta teragung...huhu T_T..
Pada usiaku yang bertambah semoga ku semakin kuat dalam pengharapan,
Semakin teguh dalam penantian,
Berkongsi keluh kesahku pada Ilahi ,
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tetapi pada RABBI....
Pada usiaku yang bertambah,
Semoga ku semakin yakin,
Bahawa penantian adalah ujian, danperjalanan adalah pengalaman,,,
Bersungguh dan semakin teguh dalam istiqarah cintaMu...
Menanti Dia mengutuskan seseorang,
mengharap Dia menunjukkan jalan,
Selamat menjejaki tangga 23...
~@~Ya Allah maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang diriku....
![]() |
| syukran kak syue wt tu utk sy |
apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
orang lain mungkin tak akan pernah tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.
biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.
redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














